Buku ini merupakan catatan perjalanan seorang gadis india- Sanisha Bogaraja dalam mencari kebenaran, yang akhirnya disinari cahaya iman melalui Islam.
Sebagai seorang yang sudah sedia Muslim, kita selalu bergembira dengan berita-berita seperti ini, tetapi adakah kita mengambil tahu cabaran-cabaran yang dilalui oleh saudara baru kita sebelum dan selepas mereka melafaz kalimah syahadah? Adakah kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan melindungi mereka? Catatan di dalam buku ini mungkin serba-sedikit dapat menyedarkan kita tentang tugas dakwah yang seringkali kita abaikan.
Membaca kisah penulis mengingatkan saya kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w seperti Salman al-Farisi dan Mus'ab ibn 'Umair. Kepayahan yang mereka lalui membuatkan saya insaf dan bersyukur kerana mengecapi nikmat Islam sejak lahir, tinggal hanya perlu mempertahankannya sahaja sehingga hujung nyawa.
Kalau kita rasa ujian kita berat, tengoklah orang lain yang ujiannya lebih berat berbanding kita. Percayalah, kita akan rasa lebih bersyukur. Terima kasih saudari penulis atas perkongsian. Semoga kita semua terus kuat dalam mempertahankan permata paling berharga dalam hidup iaitu iman dan cinta kepada Allah s.w.t. Amin~.
Tak Ada Idea Bila Aku Masuk Islam
- Product Code: bk04
- Availability: In Stock
-
RM20.00

