Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita
mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan
ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita
jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi.
Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan,
lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan
yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian,
menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita
kerjakan, harus kita syukuri.
Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai
kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat
dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat
dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur.
Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan.
Related Products
Falsafah Ketuhanan
Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, ma..
RM20.00
Tasawuf Moden
Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan d..
RM38.00



