Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. Ada kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.
Maka yang mula-mula timbul pada manusia itu adalah
perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai Alam ini. Dia yang mengatur dan
menyusun perjalanannya. Dia yang menjadikan segalanya. Dia Yang Maha Kuasa atas
setiap sesuatu yang ada.Kesan pertama bahawa Ada Yang Maha Kuasa itu meratalah
pada segenap manusia. Kerana kesan inilah yang tumbuh bilamana akalnya sudah
mulai berjalan.
Bahawasanya ada
sesuatu kekuatan tersembunyi di latar yang nampak ini. Yang selalu dirasai
adanya, tetapi tidak dapat ditunjukkan tempatnya. Tidaklah pernah terpisah
perasaan ini, walaupun bagaimana kepintaran manusia ataupun dia masih berfikir
sederhana. Pada zaman akal itu mulai bertumbuh (primitif), khayalnya akan
adanya yang ada itu diberinya berupa, menjadi perlambangan daripada perasaannya
sendiri.
Related Products
Falsafah Hidup
Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan..
RM38.00


